loading

Seminar Squad A “Begin the Lap SPM”

Pelajar Tingkatan 4 dan 5 telah mengikuti Seminar Squad A “Begin the Lap SPM” yang berlangsung di Dewan Ebenezer, WMSKLP.

Seminar Squad A “Begin the Lap SPM”

Dianjurkan oleh Jabatan Kemanusiaan WMSKLP dengan kerjasama MCOE, seminar ini dikendalikan oleh pakar pendidikan dan personaliti terkenal dalam talian,
Cikgu Firdaus Kamaruzzaman (Cikgu Fir).

Para pelajar mendapat pendedahan tentang persediaan menghadapi SPM, penetapan matlamat, pengurusan masa dan strategi pembelajaran yang berkesan. Mereka turut mempelajari teknik kreatif untuk menghafal fakta Sejarah, termasuk penggunaan ilustrasi bagi memudahkan pemahaman dan ingatan.
Semoga perkongsian ini memberi inspirasi kepada para pelajar untuk terus berusaha, kekal konsisten dan membuat persediaan terbaik menuju kejayaan dalam SPM!

Enquiry Form