loading

Sejarah Workshop

Bagi memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih autentik dan bermakna, pelajar Tingkatan 3 Genesis telah mengikuti satu sesi perkongsian bersama Dr. Tan Miau Ing, Pensyarah Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, pada 12 Mac 2026. Program ini membuka ruang kepada para pelajar untuk mendalami bidang Sejarah melalui perkongsian secara langsung daripada seorang pakar.

Sejarah Workshop

Sesi ini bertujuan membantu pelajar menghasilkan laman sesawang yang berkualiti bagi memenuhi keperluan Penilaian Pertengahan Tahun, di samping memberi peluang kepada mereka mendalami topik Bab 3: Negeri-negeri Melayu Bersekutu melalui sesi soal jawab dan perkongsian bersama pakar. Selain memperkukuh kefahaman terhadap kandungan kurikulum, program ini turut membuka perspektif baharu kepada pelajar bahawa bidang Sejarah merupakan satu disiplin yang luas, dinamik dan sentiasa berkembang melalui kajian serta perbahasan ilmiah.

Bertempat di Makmal Sains B, Wesley Methodist School Kuala Lumpur (Private), sesi selama 40 minit ini berlangsung dalam suasana yang interaktif dan penuh keterujaan. Sambutan yang amat positif daripada para pelajar jelas membuktikan bahawa pembelajaran di luar bilik darjah mampu meningkatkan minat, rasa ingin tahu serta penghayatan mereka terhadap mata pelajaran Sejarah.

Wesley Methodist School Kuala Lumpur (Private) komited untuk terus menyediakan pengalaman pembelajaran yang bermakna melalui jalinan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi dan pakar dalam bidang masing-masing. Diharapkan lebih banyak program seumpama ini dapat dianjurkan pada masa hadapan bagi menyemai kecintaan terhadap Sejarah, meningkatkan kecemerlangan akademik, serta memperkukuh budaya pembelajaran yang berkualiti dalam kalangan warga Wesley.

Enquiry Form